Archive for April 6th, 2008

DEMI KUASA, PAS BUANG PRINSIP PERJUANGAN ISLAM

Berikut ialah kenyataan Haji Hadi Awang sewaktu perbincangan penubuhan Pakatan Rakyat:

Menurut Hadi persoalan mengenai agama Islam tidak menjadi isu utama dalam pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai pakatan tiga parti itu. “Jangan jadikan Islam sebagai isu, Islam adalah agama dan dalam Islam kita diajak bermuafakat bagi apa jua perkara…gunakan panduan itu dalam politik juga,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Petaling Jaya Selasa yang dihadiri oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang. Lim pula berkata pakatan itu banyak belajar daripada kesilapan ketika Barisan Alternatif diwujudkan pada tahun 1999 menyebabkan ia tidak kukuh kerana mesej perjuangan kurang jelas.
RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS
Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu: “Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara”. Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan: “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”.
KATA-KATA PENGASAS DAN PENGGERAK AWAL PAS :
Kita adalah umat lslam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini. Kalau dulu cita-cita lslam itu dapat dilaksanakan, maka tidak ada sebab mengapa kita ketinggalan. Maka dengan dorongan ini, dan dengan kepercayaan bahawa hanya dengan ajaran lslam, dengan dasar hidup lslam itu sahajalah kita boleh selamat, maka inilah sebabnya kita percaya kepada pergerakan kita, kepada persatuan kita sendiri.

“Kita mahu merdeka sama seperti orang lain, kita mahu makmur sama seperti orang lain, kita mahu sama rata sama seperti orang lain. Akan tetapi semuanya itu, kemerdekaan kita, kemakmuran kita, dan sama rata kita, semuanya kita mahu dilingkungi oleh hukum-hukum lslam, oleh kebijaksanaan yang dipesan oleh Allah SWT dan oleh Nabi Muhammad SAW”. Prof. Zulkifli Mohamad

KESIMPULAN :
DEMI PKR DAN DAP, PAS DI BAWAH PIMPINAN HJ HADI AKAN MENGORBANKAN PRINSIP DAN UNDANG-UNDANG TUBUH PARTI PAS SENDIRI.AHLI PAS DAN PENYOKONG PAS YANG MAHUKAN ISLAM, SEDARLAH BAHAWA TIADA LAGI PERJUANGAN DAN SYARIAT ISLAM DI DALAM PAS.
PERJUANGAN HUDUD BUKAN LAGI MAKE UP BUAT PAS.

Add comment 6,April 2008

TAHNIAH KEPADA PAS MENJAHANAMKAN ISLAM

petikan : mysrimuara.blogspot.com/2007/10/eksklusif-tim…

Sekalung tahniah warga Mutiara Melayu Pulau Pinang ucapkan kepada kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam. PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam.Apabila mereka menang hilangnya perjuangan BERSIH.Mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan elemen-elemen di bawah :
1. TIDAK MEMPERCAYAI QADA DAN QADAR DALAM PILIHANRAYA. JIKA MENANG, SPR BETUL TETAPI JIKA KALAH, SPR SALAH.BAGI PAS YANG BENAR HANYALAH PAS DAN PEMBANGKANG.ALLAH HANYA MENERIMA PAS SAHAJA DAN AHLI PAS DAN PEMIMPIN PAS BAKAL DITEMPATKAN DI SYURGA.
2.MENGADAKAN HUBUNGAN DENGAN ZIONIS MELALUI ANWAR IBRAHIM
3. IMAM-IMAM DI ZAMAN KERAJAAN BN AKAN DIPECAT DAN DIGANTI DENGAN IMAM YANG MEMPUNYAI KEAHLIAN PAS.INI KERANA HANYA IMAM PAS SAHAJA YANG DITERIMA MALAIKAT AMALANNYA.
4.MENOLAK HUKUM DAN SYARIAH ISLAM.HJ HADI KATA PAS SEKARANG BUKAN PERJUANGKAN HUDUD LAGI. USTAZ AZIZAN KATA TIADA HUKUM ISLAM DI KEDAH.MB PERAK KATA TIADA JUGA HUKUM ISLAM DI PERAK.NIK AZIZ KATA TIADA JUGA HUKUM ISLAM DIKELANTAN.WAKTU UMNO MEMERINTAH UMNO DIKATA MENENTANG HUKUM ALLAH.SEKARANG MEREKA BERKUASA DAN MEREKA LEBIH TERUK MENENTANG HUKUM ALLAH.PEMIMPIN UMNO TIDAK PULA MENYATAKAN HUKUM ISLAM TIDAK AKAN DI WUJUDKAN TETAPI KERAJAAN SEDANG BERUSAHA KE ARAH ITU. TETAPI PAS TERUS TERANG MENYATAKAN HUKUM ISLAM TIADA DALAM PERJUANGAN DAN MANIFESTO.
5.BERSETUJU DENGAN PENDIRIAN DAP YANG TIDAK MENYUKAI UNDANG-UNDANG HUDUD
6.BERSETUJU MEMPERSENDAKAN HUKUM ALLAH DAN AL QURAN APABILA MERELAKAN GOBALAKRISHNAN ( gambar ) DAN SEMUA AHLI BUKAN ISLAM PKR MENGGUNAKAN AYAT QURAN

7.BERSETUJU HUKUM ISLAM DIPERLEKEHKAN OLEH DAP
8.TOL TIDAK DIMANSUHKAN.
9. KILANG ARAK DIKEKALKAN. MENGAPA HASSAN ALI TIDAK MENUTUP KILANG ARAK DI SHAH ALAM, USTAZ AZIZAN TIDAK MENUTUP PUSAT DISCO SI SG PETANI DAN MB PERAK TIDAK MENUTUP DISC0-DISCO DI SITIAWAN DAN IPOH.WAKTU UMNO MEMERINTAH, MEREKA KATA UMNO HALALKAN DISCO . TAPI BILA MEREKA BERKUASA, MEREKA SENDIRI TIDAK BOLEH HARAMKAN DISCO.CAKAP MACAM MUNAFIK
10.BERSETUJU TIAN CHUA DAN GOBALAKRISHNAN MEMPERMAINKAN AYAT SUCI QURAN.
11. BERSETUJU GEJALA MURTAD BERLELUASA DENGAN BERSEKONGKOL DENGAN KEPIMPINAN PKR. INI KERANA IRENE FERNANDEZ BERJUANG KE ARAH MENCETAK BIBLE DALAM BAHASA MELAYU AGAR MUDAH ORANG ISLAM DI MURTADKAN.APA PAS BOLEH KATA SEKARANG?
12.MERESTUI RAKAN-RAKAN DALAM PAKATAN RAKYAT YANG KAKI BOTOL, KAKI MENARI, KAKI MENYANYI, KAKI BAHAM DUIT AHLI PAS
13. BERSETUJU DAN BERSUBAHAT DENGAN JUDI, PELACURAN DAN ARAK (CONTOH SELANGOR, KEDAH DAN PERAK)
14. BERSETUJU SUPAYA KILANG CARLSBERG DAN GUINESS STOUT DI PETALING JAYA DIKEKALKAN.PENAKUT NAK SURUH KILANG ARAK DITUTUP.

Add comment 6,April 2008

SECEBIS NASIHAT BUAT TUN

Petikan dari Jasindaily
Oleh : Anak Bapa

Saya ada banyak mengikuti perkembangan UMNO dan Tun Mahathir kebelakangan ini. Entah kenapa insan yang sangat saya meluat sejak zaman berzaman lagi kini begitu lincah dan ligat di dalam memperjuangkan “kepercayaan politik” beliau. Sememangnya Tun merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang luarbiasa. Apabila kalangan ramai meramalkan beliau akan bersara daripada politik dan duduk diam menghabiskan sisa-sisa umurnya, beliau bingkas bangun bagai singa yang baru kebah dari demam menyerang Pak Lah bertubi-tubi. Semalam di dalam satu majlis anjuran “pemberontak-pemberontak” UMNO, Tun Mahathir telah membuat pelbagai tuduhan berat kepada Pak Lah dan seterusnya mengesa supaya PM meletak jawatan “demi keutuhan UMNO”.

Saya tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut kemelut UMNO kerana sekali imbas kita boleh mengagak bahawa usia UMNO sudah tinggal tidak berapa hari lagi, dan lagi di”usik” UMNO maka akan bertambah nazak keadaannya. Saya lebih berminat untuk mengulas beberapa kepelikan Tun Mahathir dan tindak tanduknya yang agak tidak konsisten.

Jika sebelum ini Tun begitu berminat menjatuhkan Pak Lah untuk diganti dengan Najib, tetapi semalam beliau jelas berpandangan bahawa Najib juga sudah tidak layak mengganti Pak Lah sebagai PM kerana alasannya Najib begitu mementingkan diri daripada parti. Soalan saya, pernahkah wujud seorang TPM yang secucuk dengan Tun? Mula-mula Musa Hitam lari malam diikuti dengan Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim, yang bukan saja dipecat tetapi dihina dan dimalukan dengan begitu dahsyat sekali. Lepas itu beliau lantik Pak Lah sebagai PM dan memberi syarat bahawa Najib jadi TPM. Sekarang Pak Lah pun dia tak mahu dan begitu juga Najib. Alahai tak tahu apa nak kata lagi, sampai tujuh lapan orang yang dikira terbaik di kalangan pemimpin UMNO pun Tun tak setuju, orang macam mana yang beliau nak lagi kita pun tak tahu. Jikalau seorang dua dia tolak mungkin boleh diterima lagi tetapi kalau dah sebegini ramai saya rasa kemungkinan masaalahnya pada Tun dan bukan pada orang lain. Cuba renung-renungkan …….

Allahyarham Ustaz Fadhil (gambar), bekas Presiden PAS pernah berkata bahawa Allah mungkin memanjangkan umur Tun Mahathir supaya dia boleh lihat sendiri bahawa segala usahanya yang sangat dibangga-banggakan akan dihancurkan atau didedahkan satu persatu ketika beliau masih hidup. Benar sekali ……..

Sebaik saja Pak Lah menjadi PM pelbagai projek mega Tun telah dibatalkan termasuk Jambatan Senget ke Singapura, Projek Keretapi Berkembar dan sebagainya. Tun meletakkan Pak Lah dan bukan Najib sebagai PM kerana dia beranggapan boleh mengawal Pak Lah dari luar. Ini kerana Tun tahu Pak Lah ini lemah orangnya dan dia dari jenis “saya yang menurut perintah” saja. Tekaan Tun tepat sekali Cuma Pak Lah tidak menerima pandangan daripadanya tetapi sebaliknya menerima arahan puak-puak tingkat 4 yang diketuai Khairy. Tentu Tun sangat kecewa dan marah dengan fenomena ini dan sejak itu menganggap puak-puak tingkat 4 sebagai musuh peribadinya.

Pak Lah, atas nasihat Khairy, menggunakan ruang yang ada untuk memalukan Mahathir termasuk membebaskan Anwar, memberi publisiti luas skandal VK Lingam, dan yang terakhir isu permohonan maaf kepada Tun Salleh Abas atas pemecatan beliau dahulu. Semua ini membawa malu kepada Tun dan sebagai seorang “kaki lawan” Tun tidak akan berdiam diri apabila diserang begini rupa. Saya yakin kemelut UMNO semakin hari semakin kusut dan keretakkan besar mereka sedang menunggu belah.

Cerita UMNO itu satu hal tetapi apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah tentang Tun Mahathir. Jika beliau betul-betul mahu buat kebajikan di akhir-akhir hayatnya sepatutnya beliau keluar UMNO dan mungkin masuk PAS. Bukankah sebelum ini Tun pernah berkata bahawa UMNO sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Selepas mengalami kekalahan mega besar baru-baru ini, UMNO masih terkial-kial mencari sebab musabab kekalahan dan masih di dalam “denial mode” yakni sindrom penafian, apakah ada harapan UMNO boleh berubah? Tun masuk PAS dan guna kepakaran dan semangat juang Tun untuk membanyakkan bakti kepada masyarakat, dan sebagaimana Islam ajar kita bahawa apa saja amalan baik yang kita buat kerana Allah adalah dianggap sebagai ibadah dan diberi pahala besar oleh Allah. Percayalah cakap saya bahawa Tun tidak akan menyesal jika dituruti nasihat saya yang kerdil ini. Tetapi jika Tun berterusan macam keadaaan sekarang ini saya yakin Tun akan rugi di dunia dan mungkin juga di akhirat ……….

Anak Bapa: Kalau dah tahu kapal nak karam dan segala usaha menyelamatkan kapal telah gagal, buat apa ditunggu lagi. Mati katak nanti!!!!

1 comment 6,April 2008

Mampukah BN Berdepan Dengan 500,000 Laman Blog Di Malaysia?

500,000 laman blog? Wow begitu banyak dan tidak terduga selama ini keupayaan rakyat Malaysia membangunkan laman-laman blog hasil kempen-kempen tergar kerajaan terhadap dunia teknologi maklumat (IT).

SEDAR atau tidak, tetapi Malaysia diakui adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.

Ini cukup mengkagumkan saya. Selama ini, maklumat demikian tidak teredar kepada rakyat dan barangkali kepada kerajaan BN. Lamn-laman blog hanya menjadi bahan momokan sesiapa sahaja termasuk pengamal media arus perdana.

Kini, Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan. Apapun tujuannya, laman-laman blog berbaju politik sudah tentu mengusai pasaran laman blog untuk ditatapi setiap hari rakyat Malaysia.

Jika tidak, tiadalah puja dan puji terhadap bloggers selepas BN kecundang di lima negeri dan hampir tewas di peringkat persekutuan.

Sana sini hari ini, blogger diberi “tabik hormat” dan diiktiraf sumbangannya dalam mempengaruhi rakyat menumbangkan calon-calon BN.

Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.

Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

“Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog,” kata Abu Hassan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada forum bertajuk Masyarakat dan Media Dalam Pilihan Raya 2008 1 Mac lalu.

Forum turut disertai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jaafar.

Terdahulu dalam ucapannya, Abu Hassan mendakwa kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya.

Pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.

Sementara itu Johan Jaafar mengakui sesetengah blog begitu berpengaruh apabila menerima sehingga sejuta kunjungan dalam satu hari yang normal.

“Kalau pada hari-hari yang ada isu yang panas, jumlah kunjungan boleh mencecah antara tiga dan empat juta,” katanya.

Sejak BN tumbang pada PRU 12 lalu, tumpuan pengamal dan pengajar media di ITPA dan ITPS kini menyorot kepada peranan blog dan bloggers dalam arus perdana politik di negara ini.

Pengiktirafan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan, Ismail Yaakob serta Perdana Menteri sendiri, anak Badawi terhadap blog dan bloggers telah membuka lebih banyak mata rakyat terhadap apa yang dikatakan blog.

Kini, barangkali, blog dan laman-laman web menjadi akses utama rakyat dalam mencari berita dan maklumat terkini khususnya berkiatan politik Malaysia.

Sudah tentulah, pengiktirafan dan pujian dari pelbagai pihak terhadap bloggers dan blog akan menarik lebih ramai pengunjung setiap hari kepada blog-blog pilihan mereka.

Dan ini, akan meningkatkan rasa tanggungjawab bloggers dalam menyediakan maklumat dan mengupdate blog mereka setiap hari, sekalipun tiada sesenpun wang masuk ke kantung para bloggers ini.

TMJ: sanggahtoksago.com
05.04.2008

1 comment 6,April 2008

IKD LAHIR ANAK SENI TOLAK AGAMA- MUKA DEPAN HARIAN METRO

petikan dari MASTERDEDAH

Harian Metro menyiarkan mengenai IKD di muka depan

Harian Metro 11 Mei 2007 (Jumaat) muka depan bertajuk “Anak Seni Tolak Agama” oleh : Wartawan, Helmy Abd Rahman.

Metro mendedahkan kumpulan ini mendapat bantuan kewangan daripada NGO luar negara. Wartawan Metro telah menemubual Azfar (Pereka Grafik Teater) yang mendedahkan kegiatan kumpulan yang menolak agama ini. Menurut Azfar, pengarah seni mereka mempersendakan krew yang menunaikan solat. Pengarah filem ini pernah bersekedudukan dengan seorang lelaki ‘mat salleh’.

Wartawan Metro ini turut menyamar menemui Taji (Pemuzik Jalanan Bukit Bintang, bekas pelajar IPTS, aktivis UBU) yang telah terpengaruh dengan kumpulan ini sejak masih belajar di IPTS.

Menurut Taji, dia percaya bahawa manusia mempunyai kuasa penuh menentukan nasibnya sendiri dan Tuhan tidak wujud. Menurutnya lagi, orang Melayu sepatutnya diberikan hak memilih untuk menjadi atheis, agnostik atau menganut apa agama sekalipun. Taji berpendapat orang Melayu didiskriminasi kerana tidak bebas memakan babi, minum arak dan beli nombor ekor. Kebebasan beragama ini sedang diperjuangkan menerusi blog, filem, karya seni,muzik dan persembahan teater oleh kumpulan UBU dan Jalan Telawi ini. Taji dengan bangga telah mengaku bukan Islam tidak mahu berdoa.

Kebanyakan mereka berlagak seperti golongan intelek dengan mengusung buku tulisan beberapa tokoh falsafah barat seperti Friedrich Nietzshe, Soren Kierkegaard, Lord Byron dan Karl Marx yg terkenal dengan ideologi anti ketuhanan dan komunisme sebagai ‘kitab’ ajaran mereka.

Metro turut mendedahkan kumpulan ini juga menimbulkan kemarahan dan bersifat provokatif di kalangan masyarakat Islam negara ini. Termasuk menghasilkan karya seni dan penulisan artikel serta puisi di laman blog yg bertentangan dengan adat ketimuran, kononnya bagi memperjuangkan hak individu. Golongan ‘freethinker’ ini juga sanggup melukis tatu, minum arak dan mengamalkan seks bebas selain melakukan perkara bertentangan dgn Islam.

Artikel ini sebenarnya mendedahkan mengenai kegiatan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ditaja oleh KAF. IKD melalui Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan Hishammudin Rais telah mendidik pengikut mereka berfikir bebas dan liberal. Melalui IKD dibentuk Open Dialouge Center (ODC) yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED).

Grup seni yg dibayangi IKD ialah team Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). KSJT dianggotai Fathi Aris Omar (Wartawan Mstar), Hasmi Hashim (Ketua PKR Bahagian di Johor), Amir Sari (Exco Mahasiswa Angkatan Muda PKR) dan Rahmat Haron (bekas wartawan Center for Independent Journalist, CIJ, bekas pelajar UM). Laman web KSJT ialah jalantelawi.com.

Fathi Aris Omar pernah berguru di Utan Kayu, Indonesia berkenaan Islam Liberal dan sekarang ditaja oleh Nippon Foundation, satu yayasan dari Jepun. Fathi Aris sekarang bersama dengan laman Mstar. Fathi Aris aktif menyebarkan falsafah pemikirannya dalam laman blog.

Faisal Tehrani (aktivis UBU) telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Bila Tuhan Berbicara’ di Pesta Buku Antarabangsa KL pada 6 Mei lepas. Buku ini diterbitkan dengan kerjasama Dato Dr. Ridhwan (Pemenang SEA Write Award) dan Isa Kamari (Novelis Singapura). Sebelum ini Faisal menerbitkan buku koleksi cerpen bertajuk ‘Kekasih Sam Po Bo’ yg ditaja oleh Aberdeen Books (Syarikat Penerbitan dari Belanda). Faisal dan Fathi Aris mempunyai peminat yang tersendiri dan kedua-dua aktif menulis dalam blog.

IKD dan KAF turut menerbitkan karya Ali Abdul Raziq “Islam Dan Dasar Pemerintahan” seorang ulamak Mesir kontroversi pada tahun 1920an menulis mengenai pemerintahan Islam. Buku Ali Raziq Al-Islam Wa Usul al-Hukm merupakan antara buku paling kontroversi dalam dunia pemikiran Islam khususnya di Mesir dan di Timur Tengah. Buku ini antara lain menyebut rasul tidak diutuskan untuk menubuhkan negara dan menjadi ketua negara selain tidak ada negara Islam di dunia.

Melalui IKD kumpulan ini juga bergerak membuat persembahan teater, menerbitkan filem pendek dan filem kontroversi. Mereka telah melatih pengikut-pengikut mereka.

Antara filem kontroversi yang dihasilkan pengikut mereka ialah ‘Bukak Api’ (filem seks bebas golongan pondan dan homoseks) dan juga ‘Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang Komunis’ ( mengagungkan Chin Peng).

‘Bukak Api’ ialah filem Osman Ali, dan Filem ‘Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang komunis’ adalah karya Amir muhammad. Mereka ini mempunyai hubungan langsung dengan IKD melalui Grup seni Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). Jalantelawi.com turut mendapat pembiayaan drpd Friedrich Naumann Stiftung (FNS).

IKD mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim. Umum mengetahui IKD adalah organ saraf Anwar Ibrahim. IKD ditaja sepenuhnya oleh badan Yahudi iaitu Konrad Adaneur Foundation (KAF). Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. IKD yang sangat aktif IPTA dan IPTS. IKD turut bekerjasama rapat dgn MAFREL mengadakan penyelidikan. IKD amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap Anwar Ibrahim. IKD sendiri pernah menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF) pada awal penubuhannya.

KAF turut menaja Interfaith Commision (IFC). Kebebasan berfikir yang dianjurkan oleh IKD kepada pengikutnya jelas merosakkan akidah umat Islam dan Melayu di negara ini. Oleh itu pendedahan Harian Metro adalah tepat untuk menghalang IKD dari terus merosakkan minda rakyat. Persoalannya mengapa Anwar Ibrahim yang menaungi IKD sanggup mempergunakan IKD merosakkan minda rakyat, umat Islam dan Melayu?
— TAMBAHAN ——————————————————
Ini link yang menunjukkan sokongan Konrad Adenauer Foundation kepada Jewish World

The Konrad Adenauer Foundation and its Dialogue with the Jewish World.

1 comment 6,April 2008


AHLI BLOGGER PEMBELA NEGARA

Online sekarang !

web tracker

Terbaru di sini

Anda tetamu ke

  • 102,778 di sini

Lain lain di sini

Top Clicks

Komen Terbaru

Hj Hadi, Harun Taib … on Nik Aziz kata Nuzul Quran lebi…
cybross on Teoh Beng Hock dikatakan nak k…
penulis_cyber on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Pendirian Mahathir isu PPSMI …
shafifah on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
penulis_cyber on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
rmf7 on Akhirnya Pak Lah melepaskan …
Perkongsian Ilmu … on Hukum Mengumpat – Naib K…
penulis_cyber on Mahathir sudah sasau dan risau…
rmf7 on Mahathir sudah sasau dan risau…
penulis_cyber on Rakyat Perak baca sini, jangan…
aberamly on PAS perlu sertai BN – sa…
aberamly on Disebalik Kelakuan Si Kha…

RSS Berita Malaysia Kini

 

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

RSS Pedang Berbisa

RSS Panglima Cyber

RSS Ustaz Moden

RSS Raksasa BN

RSS Anwar Ibrahim.com

RSS Che Det @ Tun Mahathir

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Warong Kopi

RSS KPMU

Simpanan Artikel

Jejak Pengunjung