Archive for April 4th, 2008

Awasi puak desperado main kotor hantar SMS fitnah Harakah

Harakahdaily
Fri | Apr 04, 08 | 4:22:56 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) - Kalangan peminat dan pembaca Harakah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan fitnah yang dilakukan oleh puak desperado dengan menghantar SMS fitnah kononnya, dari Harakah.Pihak Jabatan Pengarang Harakah menerima aduan dari orang ramai. wujudnya sebaran-sebaran yang dikatakan dari media rasmi PAS Harakah dan Harakahdaily.

Antara SMS fitnah tersebut dinyatakan “Kit Siang akan menentang Sultan kerana wakil DAP tidak dipilih menjadi Speaker Dun Selangor. Di manakah letaknya kedaulatan Melayu??? Apa kata PAS dan PKR – Harakah”.

Setakat ini ramai pengadu yang memaklumkan mereka tidak terpedaya dengan SMS-SMS fitnah, bagaimana pun meminta Harakahdaily membuat penafian segera jika SMS berbentuk sedemikian disebarkan lagi.

Pihak Jabatan Pengarang Harakah meminta orang ramai tampil membuat aduan dan merekodkan nombor telefon yang menghantar SMS fitnah, untuk pihak Harakah mengambil tindakan susulan. – mr

Add comment 4,April 2008

PAS tidak yakin dengan kabinet baru Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi

-Harakah Daily

Kenyataan Media Presiden PAS
Tue | Mar 18, 08 | 1:46:27 pm MYT
PAS melihat kabinet baru Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ini lebih merupakan kabinet untuk menyelamatkan kedudukan politikImage beliau sebagai PM dan Presiden Umno dan bukannya untuk membina Malaysia yang baru.

Nama-nama yang telah diumumkan itu kebanyakkannya merupakan mereka yang setia dengan Abdullah manakala mereka yang dikira rapat dengan Timbalan Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak telah dicantas.

Perlantikan beberapa Senator untuk menganggotai kabinet khasnya dari kalangan pimpinan Umno membuktikan yang Abdullah menganggap bahawa ahli-ahli Parlimen Umno yang lain yang telah berjaya dalam pilihan raya umum lalu sebagai tidak layak untuk duduk di dalam kabinet.

PAS juga mendapati kabinet ini turut dianggotai oleh tokoh-tokoh yang moral dan kebersihannya sangat diragukan oleh rakyat dan ini sudah pasti tidak akan membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerjaaan BN.

Bagi PAS kabinet baru Perdana Menteri ini tidak memiliki kekuatan untuk mengubat ketidakpuasan hati rakyat yang telah diterjemahkan melalui keputusan PRU ke-12 lalu. Abdullah jelas tidak mengambil iktibar dari kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau itu dan diyakini melalui kabinet ini beliau akan terus mengulangi kesilapan dan kelemahannya yang lalu.

DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)
18 Mac 2008

Add comment 4,April 2008

Jangan Biar Umno Musnah, Kata Ahmad Shabery

– BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) — Tragedi Umno diharamkan pada 1988 semasa kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak harus dibiar berulang, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau turut menyarankan supaya Dr Mahathir berhati-hati ketika membuat sebarang kenyataan secara terbuka memandangkan parti itu dibatalkan pendaftaran dahulu kerana pelbagai kenyataan dikeluarkan secara terbuka.

“Saya rasa elok juga Tun (Dr Mahathir) lebih berhati-hati dalam kenyataan kerana kita tidak mahu kalau dulu di bawah kepimpinannya Umno mati, Umno musnah, dibatalkan pendaftaran dan mati dalam bentuk yang lain selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Penerangan di Angkasapuri di sini hari ini.

“Saya bimbang Umno semakin lemas dan kelemasan itu bermula pada zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir yang mana Umno diharamkan,” kata beliau.

Bercakap sebagai mengulas kritikan Dr Mahathir bahawa anggota Majlis Tertinggi pada masa ini tidak berani bersuara untuk menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan, Ahmad Shabery berkata bahawa pada masa kepimpinan bekas perdana menteri itu, banyak peraturan dibuat termasuk resolusi perhimpunan yang mana tidak ada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden dan beberapa peraturan lain yang menyusahkan.

“Tidak ada pertandingan selepas 1987. Tetapi sekarang beliau kata ia tidak demokratik. Semua perkara ini orang Melayu tak lupa tetapi mungkin Dr M yang lupa. Saya sedih terpaksa bercakap hal ini tetapi ingatlah keterbukaan pada zaman Pak Lah jangan pula diambil kesempatan,” katanya.

Beliau berkata pada suatu ketika anggota Majlis Tertinggi tidak boleh dicabar di peringkat bahagian masing-masing dan anggota Majlis Tertinggi juga tidak boleh bertanding.

Ketua Bahagian di Kelantan pula tidak boleh ditentang yang pada ketika itu Dr Mahathir menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, katanya.

Ahmad Shabery berkata bekas presiden Umno itu juga pernah mengingatkan perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno 1997 bahawa kritikan perlu dibuat mengikut saluran parti iaitu melalui cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi tetapi bukan di luar parti.

“Itu kerana katanya kalau semua orang bercakap di luar mengkritik dan menghentam sesama sendiri, Umno boleh hancur dan saya bimbang kalau ini berlaku mungkin beliaulah orang yang boleh dianggap boleh menghancurkan Umno,” katanya.

Mengenai cadangan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa Umno yang mana agendanya untuk membincangkan prestasi Umno pada pilihan raya umum lepas, beliau berkata Tun Dr Mahathir tidak boleh membuat kesimpulan bahawa peringkat akar umbi Umno sudah marah.

“Cawangan mana yang nak buat kita tengoklah. Sebenarnya dalam pilihan raya baru-baru ini akar umbi tidak ada masalah. Orang kampung yang terbabit dalam pertanian cukup gembira kerana harga jualan seperti getah dan kelapa sawit naik cuma orang yang tinggal di bandar mengundi melawan kita,” katanya.

Beliau berkata pada pilihan raya umum 1999 kemarahan sebenar (the real anger) peringkat akar umbi disuarakan kepada pucuk pimpinan iaitu Dr Mahathir tetapi beliau tidak pun mengambil langkah meletak jawatan.

Katanya, pengundi Melayu lebih banyak menolak Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1999 jika dibandingkan dengan pilihan raya 8 Mac lepas dan kekalahan beberapa negeri yang jatuh kepada pakatan parti pembangkang disebabkan antaranya termasuk undi dari kaum Cina dan India yang tidak memihak kepada BN kerana beberapa sebab.

Ahmad Shabery berkata dalam kebebasan bersuara, beliau juga terkilan dengan apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir itu sedangkan pada masa kepimpinannya (Dr Mahathir) ramai pemimpin Umno sendiri ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dilihat mengancam keselamatan negara tetapi mengancam kepimpinan beliau.

“Saya rasa perlu diingatkan dalam sejarah semasa pimpinan Tun (Dr Mahathir) lah ramai pemimpin Umno ditangkap di bawah ISA. Saya perlu sebutkan, seperti Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menjadi Ketua Pemuda Umno, ramai ketua bahagian, Datuk Kamaruddin Mohd Noor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Bahagian Umno Bandar Tun Razak, ” katanya.

Add comment 4,April 2008

KLIP VIDEO KETUA BAHAGIAN DIUSIR CADANG ANWAR MASUK UMNO !

——————————–>>>>>>>>>> ———————————>>>>>>>>>>>>> —————-

SASNIZAM ADHAM: Ketua Pemuda Cawangan Parit 8 Sekinchan Dihalau Keluar Semasa Mencadangkan DSAI Masuk UMNO!Dihalau Keluar…Mahathir dan Gengnya Semakin Fobia Dengan Anwar – Malaysia Today

Posted by Raja Petra MALAYSIA TODAY
Wednesday, 02 April 2008
Seorang ketua pemuda Umno dihalau keluar dari forum anjuran kumpulan penyokong parti (Geng Mahathir) ketika beliau cuba membangkitkan persoalan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belum sempat menghabiskan pertanyaannya, Hasnizan Adham disorak kuat sehingga gagal bersuara lagi di tengah-tengah laungan “keluar, keluar”. Pemimpin peringkat cawangan itu terus dibawa ke luar kawasan hotel tersebut, tempat berlangsung forum yang melibatkan tokoh-tokoh popular Umno – ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir.

Forum bertajuk ‘Umno Pasca Pilihanraya ke-12: Satu Penilaian’, anjuran MyKmu.net disusuli ucapan dan sesi soal-jawab dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Turut serta sebagai pembicara, ketua penerangan Umno Johor, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi.

Kira-kira 1,000 penyokong parti itu menyertainya – termasuk 300 di luar dewan dan lobi hotel.Suasana tidak menentu dan hingar-bingar selama beberapa minit sehingga peserta-peserta yang berang dengan soalan itu, termasuk menjerit-jerit dan memaki hamun, berjaya ditenangkan.

1 comment 4,April 2008


AHLI BLOGGER PEMBELA NEGARA

Online sekarang !

web tracker

Terbaru di sini

Anda tetamu ke

  • 103,142 di sini

Lain lain di sini

Top Clicks

Komen Terbaru

Hj Hadi, Harun Taib … on Nik Aziz kata Nuzul Quran lebi…
cybross on Teoh Beng Hock dikatakan nak k…
penulis_cyber on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Anwar terlajak cakap Pkr = Pkm…
shafifah on Pendirian Mahathir isu PPSMI …
shafifah on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
penulis_cyber on Kerajaan Lawak PR bersidang ba…
rmf7 on Akhirnya Pak Lah melepaskan …
Perkongsian Ilmu … on Hukum Mengumpat – Naib K…
penulis_cyber on Mahathir sudah sasau dan risau…
rmf7 on Mahathir sudah sasau dan risau…
penulis_cyber on Rakyat Perak baca sini, jangan…
aberamly on PAS perlu sertai BN – sa…
aberamly on Disebalik Kelakuan Si Kha…

RSS Berita Malaysia Kini

 

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

RSS Pedang Berbisa

RSS Panglima Cyber

RSS Ustaz Moden

RSS Raksasa BN

RSS Anwar Ibrahim.com

RSS Che Det @ Tun Mahathir

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Warong Kopi

RSS KPMU

Simpanan Artikel

Jejak Pengunjung