Archive

Archive for April, 2008

Anwar masih hidup selepas 10 tahun diracun Arsenik dan disuntik HIV !

30,April 2008 2 comments

Ingat lagi dakwaan Arsenik ? dan suntikan HIV ?

Anda tentu tidak dapat melupakan bagaimana dakwaan demi dakwaan semata mata ingin memburukkan kerajaan dibuat .. Bahkan isteri Pak Sheih , Wan Azizah juga ‘menari’ rentak yang sama dengan mengatakan kerajaan zalim dan jahat dengan membuat tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut kepada Bang Nuar…

Tetapi selepas disiasat dan disahkan doktor pakar, jawapan diterima ialah, Anwar tidak ada jangkitan apa apa.

Ketika itu tahun 1998 dan kita berada di tahun 2008.. Sudah 10 tahun.

Apa yang anda dapat lihat sekarang ? ANwar semakin galak dan sihat.. Mana pergi HIV nya ?? entahlah.

Ia pergi dengan semua tidak menyedari bahawa HIV dakwaan beliau adalah penipuan Maha Besar kepada kerajaan….Akibatnya nama negara terjejas dan kredibiliti kerajaan telah rosak sangat teruk.

Jika benar HIV disuntik tentu Anwar sudah di dalam tanah dikafankan dan dipanggil Allahyarham !

Yang merosakkan lagi ialah HARAKAH turut sama menyiarkan dakwaan ini dan membuat tuduhan sama kepada pemerintah ketika itu. Hilang semua keislaman dan keimanan HARAKAH apabila terpedaya dengan tohmahan dan juga fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan.

Itulah imej PAS yang digelar sini Parti Auta Sokmo… suka mengambil kesempatan dan menangguk di air yang keroh.

Hingga kini fail fail yang dikatakan berlori masih ghaib..Mana pergi ?apa jawapannya ? kosong dan negatif.

Begitu juga berlori lori fail sulit dan rahsia juga tinggal gertakan yang tiada tindakan serius ke arahnya. Mungkin ia senjata sulit yang ‘malu’ untuk didedahkan kerana takut ‘kemaluan’ lain akan terdedah sama.

Tuduhan tetap tinggal tuduhan. Dan yang didakwa kena Arsenik dan HIV sudah sihat dan sibuk berkempen mengumpul penyokong agar melantik beliau sebagai Perdana Menteri ke enam Malaysia.

Apa sahaja tuduhan anda ingin kemukakan kepada sang putar belit ini kenalah hati hati . Kerana ia akan menjadikan anda salah seorang bakal muflisin ( orang orang muflis ) kerana disaman RM 100 juta.

Khairy, Tun Mahathir, Chandra Muzafar selain Wee Ka Siong, bekas Timbalan Menteri Pelajaran telah disaman dan terbaru, Samy Vellu juga diugut disaman RM 100 juta oleh Si Juara Saman Malaysia ini.

Ini ekoran kenyataan beliau di Berita Harian pada 15 April yang menyebut, antaranya, Anwar menggalakkan “penyokongnya menggunakan pelbagai taktik kotor pada pilihanraya umum” dan “negara akan lebih aman dan makmur jika tiada kelibat manusia seperti Anwar.”

Pendedahan ini dibuat kembali bukan kerana ingin membuka kisah lama tetapi menceritakan kepada rakyat dengan adil dan saksama tentang diri bernama Anwar Ibrahim ini. Juara Saman dan Putar belit.

Niat saya hanya satu, menceritakan agar anda tidak akan terpedaya !!!!!

Bacalah petikan lanjut kes arsenik di sini dan anda fikirlah sendiri !

Categories: 1

Apabila UMNO jadi pilihan perjuangkan Islam !

Gambar abang pesuruhanjaya PAS Terengganu di bawah menyerahkan borang menjadi ahli UMNO…Inilah antara yang sedar dan faham bahawa UMNO menegakkan Islam dengan hikmah dan mauizah hasanah..klik untuk melihat dengan saiz lebih jelas.

Categories: 1

Gambar Tok Guru Kaki Tidur ?

29,April 2008 2 comments

Ramai orang mengutuk Pak Lah kaki tidur.. Atas nama ‘ tidur’ itu, Pak Lah dibantai secukupnya.

Tetapi kita tentu tak sangka tok guru PAS pun kaki tidur juga…Mengata orang paku serpih..Mengata orang dia yang lebih.

Lihatlah dan anda tentu mahu menjaga Mulut anda kerana Nabi pesan ” sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat , berkatalah baik atau diam ! “

Terima kasih Rasulullah…moga ada yang celik hati faham pesan Nabi ini.

Saksikanlah ekslusif di  sini ( petikan dari ganulening )

Categories: 1

Siapa Karpal Singh yang Sebenarnya – Bahagian 1

artikel asal klik sini

Apabila Tun Dr Mahathir menggambarkan Karpal Singh sebagai ahli politik yang licik dan merbahaya, saya fikir amat wajar memandang serius kenyataan yang keras tersebut kerana ianya datang daripada seorang pemimpin yang terkenal dengan daya pemikiran yang hebat dan sentiasa berfikiran jauh ke hadapan.
Karpal Singh adalah kafir harbi yang memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana.
Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.
Isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu sengaja yang dimainkan oleh DAP kafir harbi amnya dan Karpal Singh khusunya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas. Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya, ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.
Apa yang tersirat sebenarnya ialah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikan semula nilai penghakiman tersebut. Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP kafir harbi akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.
Pada masa itu, PAS akan terperangkap dengan isu dan fakta ini serta terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh (dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang) adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvention mereka di Kuala Lumpur. Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.
Pelik tapi benar, 2 orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar tetapi hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk dipercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut. Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada undang, di sebalik batu’? Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks.
Pada pandangan saya, Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini. Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti. Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.
Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya. Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, saya yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.
Karpal bijak mengatur strategi politiknya dengan baik dan hebat sehingga sampai ke hari ini dia tidak begitu menonjolkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang anti Melayu dan anti Islam. Sememangnya percaturan politiknya sukar dibaca dan hebat kerana berjaya memperbodohkan ramai pemimpin Melayu Islam dari PAS dan PKR!! Karpal Singh sedar bahawa dia tidak boleh memecahbelahkan orang Melayu tanpa menggunakan orang Melayu sendiri. Jadi, dia berjaya menggunakan isu Anwar dengan baik untuk memecahkan perpaduan orang Melayu seterusnya melemahkan Islam di Malaysia. Karpal sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang berwibawa dan berpandangan jauh seperti Tun Dr Mahathir.
Pada masa itu, dia juga tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri kerana dia adalah seorang Melayu Islam. Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat.
Alasannya cukup mudah dan hebat!! Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Saya yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.
Tetapi Karpal ini sebenarnya bukan seorang yang amanah dan jujur, dia lebih mementing kepentingan politik dan tidak kisah sekiranya hilang kelayakan professional sebagai seorang peguam. Lebih besar faedahnya, jika dia berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuknya dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal. Anwar yang sememangnya gilakan popularity pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada kafir harbi. Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan.
bersambung bahagian 2
Categories: 1

Raja Petra Kamarudin di RTM, blogger kedua di udara Malaysia.

28,April 2008 1 comment

Part 1/3

Part 2/3

Part 3/3

Anda dengar dan berikan ulasan kepada pandangan dan pendirian beliau termasuk isu keluar agama yang tidak dibenarkan di Malaysia, tidak perlu lesen suratkhabar, akta ISA, dll yang mencerminkan perjuangan PKR di dalam Pakatan Rakyat selama ini…

Categories: 1

Sejarah Jelek Anwar Ibrahim – Pengkhianat Bangsa & Negara!!!!!!

25,April 2008 6 comments

petikan dari http://www.isuhot.com/ tulisan maruah_melayu

walaupun ianya bukan tulisan saya tapi sejarah ini perlu dihebahkan kepada generasi muda yang masih terpinga-pinga dalam mainan politik Anwar.



Seawal tahun 1980-an lagi apabila Anwar mula menjejakkan kakinya ke pintu UMNO, sudah terdetik di hatinya untuk memanjat ke puncak kuasa. Dia serta rakan-rakannya yang setia dalam ABIM sudah mula berkira-kira untuk melonjakkan Anwar ke laluan kuasa atau “Corridor of Power”. Ramai rakannya dalam ABIM, yang mulanya bimbang dan ragu dengan prinsip Anwar telah “diyakinkan” bahawa amat penting bagi Anwar untuk berada dalam UMNO jika ABIM mahu berjaya dalam agenda sulitnya membolot kekuasaan parti dan Kerajaan. Jemaah ABIM yang keliru akhirnya dapat diyakinkan oleh Kamaruddin Jaafar (KJ) , Kamaruddin Md. Noor (KMN), dan kemudiannya Fuad Hassan, Siddik Fadil, Md. Nor Manuti dan sebilangan lagi yang sudahpun merasai nikmat dunia hasil kecapaian Anwar semasa dalam parti dan Kerajaan.

Anwar amat pasti bahawa dia boleh ke puncak kuasa dengan naungan Tun Dr. Mahathir dan melalui strategi politiknya yang begitu licik. Kemasukannya ke dalam UMNO secara “parachute” itu telah dieksploitasi sebaik-baiknya. Tapi, Anwar telah mencipta imej tersendiri semasa dalam UMNO sehingga ramai yang alpa bahawa dia pernah memijak-mijak bendera UMNO! Golongan muda UMNO pasti tidak mengenali peribadi Anwar, manakala golongan veteran pula hanya mengutamakan kepentingan politik sendiri dan akur kepada keputusan Presiden, maka terpaksalah menerima Anwar sebagai “ayam sabung” yang perlu digilap dan dinobatkan sebagai pengganti Tun Dr. Mahathir!

Pak Lah sebenarnya adalah orang pertama yang menjadi mangsa kemasukan Anwar. Malangnya, Pak Lah ketika itu sering beranggapan bahawa orang lain juga baik dan lurus sepertinya. Bila Anwar yang juga dari Pulau Pinang muncul, Pak Lah sebenarnya sudah kesempitan ruang. Seperti kata-kata lagenda John Wayne dalam filem “ The Town is too small for booth of us”. Suka atau tidak Pak Lah harus menerima Anwar, lantas Pak Lah pernah berkata, “ Hakikatnya Anwar masuk UMNO beliau sudah mengorbankan prinsipnya”. Manakala Fatah, Setiausaha Politiknya pula berkata, “Kita dah kepit Anwar di bawah ketiak kita”! Anwar bijak menipu. Kempen pilihanraya yang menyaksikan dia bertanding buat julung kalinya di Parlimen Permatang Pauh, dia banyak menggunakan jentera Pak Lah yang rata-rata terdiri dari budak-budak BTN yang berbelah bahagi menyokong Anwar. Mereka lebih keberatan dari sanggup. Namun kerana amanah Pak Lah bahawa, “…Kita perlu memenangkan Anwar, kalau tidak Tun akan dituduh berhasrat untuk memusnahkan politik Anwar…!” maka merekapun dengan taatnya beroperasi menyokong Anwar, walaupun barangkali dia tidak sedar. Dalam satu sesi ceramah di Permatang Pauh, apabila Pak Lah turun untuk memperkenalkan jagoan muda ini, Anwar dengan rendah dirinya menyebut, “ Pak Lah ni lebih dari saudara kandung saya sendiri…” Sungguh bijak Anwar mengeluarkan kata-kata manis yang merupakan asas putar belitnya berpolitik yang kemudiannya dipergunakan secara berleluasa.

Pembohongan pertama Anwar yang paling ketara ialah bila dia berhasrat menentang Haji Suhaimi bagi kerusi Ketua Pemuda. Ayatnya yang mudah ialah,“Saya tidak akan bertanding melawan Haji Suhaimi. Pemuda UMNO di bawahnya sudah cukup elok”. Selang dua hari selepas itu, dia meluahkan hasrat mencabar Haji Suhaimi. Manakala konco-konconya pula giat berkempen bahawa Tun berkehendakkan Anwar mengganti Haji Suhaimi. Maka menanglah Anwar! Menjelang 1987, kekuatan Anwar menjadi lebih mantap berikutan insiden pergeseran Mahathir-Musa yang juga tercetus hasil konspirasi Anwar dan puak-puaknya. Musa yang kebetulan ghairah untuk cepat mengganti Mahathir melakukan kesilapan-kesilapan strategi politik. Dia cuba merajuk, malangnya tidak dipujuk.Akhirnya Musa terpinggir! Politik Anwar mula menyusahkan veteran-veteran UMNO. Mereka yang dulu susah untuk menerima Anwar segera melarikan diri dari Tun dan membentuk “Team B”. Kesilapan mereka sebenarnya adalah berpunca dari kemarahan mereka terhadap Anwar itu lebih ditujukan kepada Mahathir. Akibatnya, mereka terpaksa menentang Mahathir bukan Anwar! Lagi kuat mereka menentang Tun, bertambah kuat pertalian politik Tun-Anwar!

Penyerahan kuasa Pemuda dari Anwar ke tangan Najib, sekaligus Anwar mendapat ganjaran sebagai Naib Presiden. Menjelang pemilihan UMNO 1990, Anwar sudah pasang angan-angan untuk cabar Pak Ghaffar. Cuma kali ini dia gementar sedikit untuk merancangkan tindakan jahatnya itu. Apabila ada pencalonan dari beberapa Bahagian, dia cuma menikus kerana dia sendiri tidak pasti adakah seorang Naib Presiden ke tiga boleh mencabar Timbalan Presiden dalam konteks nilai dan budaya UMNO. Perkara ini “unprecedented” dan Tun sendiri nampaknya tidak begitu mahu melayan pemikiran-pemikiran ini. Bagaimanapun satu atau dua Bahagian cuba-cuba bangkitkan pemikiran bagi agenda Anwar ini. Anwar sendiri tidak mengenepikan kemungkinan tersebut. Namun atas kepercayaan bahawa Tun masih selesa dengan Pak Ghaffar, usaha ini hanya tertumpu di kalangan konco-konco Anwar sahaja, yang kebetulan belum bertapak begitu kuat di dalam UMNO. Akhirnya hasrat itu tidak diambil berat lagi, tetapi hal ini membantu Anwar meletakkan dirinya di tempat yang lebih baik iaitu mendapat tempat pertama di barisan Naib Presiden. Kemenangan itu menjadi rangsangan kepada Anwar untuk menyediakan dirinya ke kerusi Timbalan Presiden pada tahun 1993. Banyak peristiwa dan faktor yang melicinkan gerakan Anwar menjelang pertandingan itu. Karenah Sidang Pengarang Utusan Malaysia yang sebenarnya didalangi oleh Samad Mahadi, anak saudara Tun dalam mempersoalkan sikap Tun terhadap bahasa Malaysia, membantu Anwar meletakkan “orangnya” iaitu Johan Jaafar mengganti Zam sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan. Zam menjadi mangsa kepada tangan celupas Samad! Perlantikan Johan Jaafar merupakan factor penting serangan media bagi membantu Anwar. JJ, Nazri Abdullah (Berita Harian), Rahman Sulaiman (Bernama) yang sering bertemu untuk merancang satu konspirasi menentang Pak Ghaffar. Ironisnya, JJ sering mempertikaikan tentang “teori konspirasi” dalam penulisannya! Di satu pihak lain pula, kegagalan Pak Ghaffar dalam menyediakan dirinya sebagai pengganti Mahathir juga turut menguatkan lagi azam Anwar bagi merampas jawatan Timbalan Presiden itu. Pak Ghaffar tidak serius. Dia menyangka jawatan nombor dua itu adalah hadiah istimewa baginya sebagai pejuang bangsa. Dia “took things for granted”. Dia fikir sebagai orang tua, ahli-ahli akan tetap setia dan tidak berbelah bahagi dengannya. Pak Ghaffar lupa ketika itu, gelombang “Melayu Baru” yang diberi tafsiran oleh mereka yang gelojoh dengan kuasa sudah mulai membuak-buak!

Jentera Anwar yang terdiri dari Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri mulai menjalankan plotnya. Jentera parti bukan lagi dikuasai oleh Pak Ghaffar. Ini Pak Ghaffar barangkali tidak sedar. Beberapa bulan menjelang pertandingan, media terus memainkan peranannya dengan aggresif tapi halus. Tidak kurang dari tujuh kali Tun menyebut bahawa Pak Ghaffar tidak akan dicabar. Akhbar-Akhbar menunggu pendekatan yang terbaik untuk memerangkapkan kenyataan-kenyataan Tun. Apabila sesekali Tun terlepas cakap di hujung ucapannya bahawa “ dalam pertandingan, demokrasi mesti dihormati”, ayat itu akan menjadi ungkapan utama dalam akhbar. Apabila Tun tercakap di Terengganu, bahawa “seseorang pemimpin perlu undur apabila ia merasai ia telah terlalu lama dan tidak lagi boleh menyumbang kepada kebaikan parti…” maka ayat ini menghiasai ruang akhbar dan TV secara besar-besaran pada keesokannya. Rakyat, terutama bakal perwakilan yakin kenyataan itu ditujukan kepada Pak Ghaffar. Malah dia sendiri makin keliru. Tun masih mahukanya atau tidak?

Namun dalam masa yang sama, Anwar masih menyebut bahawa dia sekali-kali tidak akan mencabar Pak Ghaffar, baginya Pak Ghaffar adalah tokoh politik yang amat dihormatinya. Pak Ghaffar adalah sebagai guru kepadanya. Pak Ghaffar juga adalah sebagai bapa kepadanya. Orang UMNO yang masih kuat ingatan tentu tidak lupa dengan kata-kata penafiannya sebelum dia bertanding menentang Haji Suhaimi dahulu. Penafian sebelum pengakuan adalah semata-mata “tactical”. Cakap hanya tinggal cakap. Kalau dengan Haji Suhaimi dia boleh bertaktik sebegitu, apa salahnya dengan Pak Ghaffar pula. Kemudian p dia berkata… “Saya perlu akur dengan kehendak parti…atau arus yang begitu kuat menuntut kepada perubahan…” Kemuncak konspirasi politik Anwar meledak bila dia berjaya membohongi ratusan pemimpin UMNO dari seluruh negara hadir ke satu perhimpunan di PWTC. Tok Mat menjadi alat utama dalam peristiwa ini. Selaku Setiausaha Agung dan Menteri Penerangan, Tok Mat menggunakan kedudukannya bagi menjayakan niat rakus Anwar. Dengan dibantu oleh Pak Wan (mertua Anwar) yang memiliki sedikit kepakaran dalam “perang saraf”, mereka berjaya mengumpulkan pemimpin UMNO untuk datang ke Kuala Lumpur bagi suatu pengumuman yang mereka sendiri tidak tahu apa isi sebenarnya? Pihak media dengan penuh perancangan juga meletakkan peristiwa itu sebagai sokongan umum untuk Anwar menentang Pak Ghaffar. Maka Anwar dengan angkuhnya menyebut, “Ini adalah iltizam…” Megat Junid turut menyakinkan Tun, Anwar akan menang! Kebangkitan “Arus Perdana” dan pemikiran “Melayu Baru” akhirnya memaksa Pak Ghaffar berundur!

Anwar menang, Pak Ghaffar kalah!

UMNO ketika itu seolah-olah menerima hakikat dengan pola pertandingan yang dijalankan. Pencalonan hampir dari semua Bahagian dijalankan secara paling kotor tanpa kesopanan seperti yang pernah disaksikan sebelumnya. Wang menguasai segala-galanya. Anwar tahu hal ini. Sebagai seorang pejuang Islam, dia sengaja menutup mata terhadap kedurjanaan ini. Malah Anwar menghalalkannya! Baginya matlamat menghalalkan cara. Pak Ghaffar diperhinakan begitu rupa. Dia menjadi terlalu kerdil dalam parti yang turut sama-sama didewasakan sejak berpuluh-puluh tahun dulu! Selepas pertandingan 1993, UMNO seolah-olah sudah menerima kesesuaian gandingan Tun-Anwar. Macamlah kombinasi 2M dekad 80-an dahulu. Orang-orang Anwar yang mendabik dada dengan kemenengan tersebut juga sudah pasang angan-angan untuk tumpang tuah Anwar dalam hiraki kepemimpinan UMNO!

Dalam keselesaan Anwar berlabuh di kerusi Timbalan Presiden, tiba-tiba UMNO dikejutkan dengan isu “Brutus” oleh Tun dalam Perhimpunan Agung UMNO 1994, setahun selepas Anwar berganding dengan Tun. Presiden tidak akan menyebut mengenai sejarah pengkhianatan Brutus itu kalau bukan kerana ia menjadi isu sekitar dirinya. Perwakilan membaca maksud Tun pada wajah Anwar yang turut duduk di atas pentas pada hari itu. Keresahan Tun dengan orang nombor duanya itu telah dihidu oleh umum. Nampaknya konspirasi Anwar bukan setakat Pak Ghaffar sahaja. Anwar tidak akan puas selagi dia tidak sampai ke puncak kuasa! Mengapa Anwar begitu rakus dan tidak sabar menunggu?

Mereka yang kenal Anwar dari zaman ABIMnya pasti tahu akan jawapannya. Anwar tidak boleh dan tidak mungkin mahu menjadi orang nombor dua. Dia mahu jadi orang nombor satu dalam serba serbi dan dalam apa situasi sekalipun! Dalam ABIM, kenapa Sanusi dan Fadzil Noor tersingkir?Bukankah angkara Anwar? Dia lebih selesa kalau di bawahnya hadir mereka yang “mediocre” dan tidak boleh mengatasinya. Itu sebab Anwar kekalkan Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Md Noor, Annuar Tahir dan lain-lain yang tidak ternama dan tidak berupaya menentangnya! Anwar akan berasa tidak selamat atau “insecured” kalau Tun tidak digulingkan segera. Lebih lama dia menunggu, lebih banyak mengundang risiko. Tun bukan seperti Pak Ghaffar dan tempat Tun pun bukan seperti tempat Pak Ghaffar. “This is totally a different ball game”, begitulah anggapan rakus Anwar . Anwar terpaksa merubah taktik dan strateginya.

Pendekatan yang diambil tentulah berlainan dengan strategi semasa menentang Pak Ghaffar, walaupun hasratnya tetap sama. Pertama kali dicubanya pada pemilihan 1996. Dia mahu melemahkan Tun di Kedah. Kebetulan timbul isu Sanusi dan Osman Arrof. Anwar merancangkan pengekalan Osman Aroff sebagai Menteri Besar, maka dia memperalatkan pula 22 wakil rakyat sebagai senjata agenda politiknya. Bila kumpulan 22 wakil rakyat itu mengemukakan memorandum penolakan terhadap Sanusi, Anwar segera mengingatkan Tun bahawa “…Pandangan mereka ini perlu diambilkira”. tun menjadi cemas, kerana penolakan mereka ke atas Sanusi adalah petanda tentangan ke atas dirinya. Ini berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1996. Secara sulit dan diam-diam, Anwar mengambil dua borang pencalonan dari Ibu Pejabat UMNO. Satu untuk Timbalan dan satu untuk Presiden.

Inilah ringkasan sejarah Anwar yang perlu diketahui oleh generasi muda agar kita tidak terus terperangkap dalam mainan politik kotot Anwar.

Categories: 1

Siapa boleh nafikan fakta tentang ANwar di bawah ini ???

25,April 2008 1 comment
anwarPeniaga-peniaga yang tidak dikenal pasti yang disebut oleh Mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Sri Dr M bukan sahaja menikmati keuntungan di zaman Anwar tapi mereka terus menikmati hasil perniagaan mereka hingga kini walaupun Anwar tidak lagi memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau membayangkan seolah beliau adalah yang paling miskin diantara Timbalan Perdana Menteri kerana tidak sebatang balak dan sebidang tanah pun yang diambil atas nama beliau. Hanya yang tidak mengenali Anwar sahaja yang pecaya kata-kata jijik Anwar ini.

Huh…..apakah pengikut Anwar sanggup ke penjara dan sanggup mati kerana Anwar dan tidak mendapat sebarang imbuhan. Anwar sememangnya cekap dalam pembahagian harta kepada pengikutnya sehinggakan pengikutnya tak perlu bekerja ketika Anwar di penjara,

Beranikah Anwar bersumpah bahawa beliau tidak ada harta langsung sedangkan Anwar adalah manusia yang paling kaya.

Sebenarnya mereka terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti media, hartanah, perkilangan dan perindustrian serta makanan segera dan juga perbankan dan institusi kewangan.

Dr M telah menyebut ada seorang ahli perniagaan yang merupakan kroni pada seorang pemimpin kerajaan telah mengaut harta sebanyak RM 230 juta.

Dr M megetahui semua fakta dan asset kroni-kroni Anwar and tahu mereka memegang jumplah harta yang banyak sebab mereka di arah untuk menyatakan jumlah harta yang dimiliki kepada PM. Kesemua kenyataan ini juga pernah disuarakan di persidangan Umno tahun lepas.

Pada masa itu Ketua Pemuda Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa kuasa politik di dalam umno akan runtuh dan hak melayu akan hilang jika perkara negative seperti kronisma dan nepotisma tidak di hapuskan dengan segera.

Kenyataan ini yang menyebabkan Dr M telah mengambil tindakan dengan menamakan individu-individu di dalam umno yang telah mengaut keuntungan hasil dari program penswastaan yang diamalakan oleh kerajaan. Salah seorang yang di dalam senarai ini ialah Dato Zahid sendiri.

Senarai ini mengikut Dr M di umumkan adalah untuk rakyat mengetahui yang projek-projek swasta diberi kepada semua pihak dan tidak pada kroni tertentu sahaja. Pada masa yang sama kroni Anwar telah dilaporkan megaut keuntungan berjuta-berjuta ringgit dan ada yang mejadi pengarah di syarikat-syarikat yang disenaraikan di KLSE.

Pada bulan Desember dilaporkan bahawa dua kroni Anwar dan beberapa kroni politik Anwar ada sebanyak 300 syarikat yang kebanyakannya disenaraikan di dalam bursa saham. Pihak ROC telah mengumumkan bahawa salah seorang kroni Anwar mempunyai kepentingan di dalam 112 syarikat yang ada segilintir syarikat tersenarai dalam KLSE. Syarikat-syarikat ini merupakan syarikat hartanah, mobil, kewangan dan pendidikan.

Kroni ini memegang saham dalam 48 syarikat dengan saham sebanyak satu unit hingga ke 5 juta unit. Seorang lagi kroni yang juga merupakan ahli Parlimen adalah pengarah dan pemegang saham untuk lebih dari 100 syarikat. Dia masih lagi memegang jawatan pengerusi sebuah bank dan dia juga masih lagi memgang saham dalam 5 syarikat yang disenarai dalam KLSE. Syarikat-syarikat ini terlibat dalam aktiviti perladangan dan perkilangan serta pembinaan dan telekomunikasi.

Salah seorang pemimpian di dalam pemuda umno yang telah meninggalkan negara setelah Anwar dipecat merupakan pengarah pada lebih dari 40 syarikat yang terlibat dalam kewangan , pembinaaan, telekomunikasi dan peruncitan. Salah seorang ahli dewan undangan negeri yang juga kroni Anwar memegang jawatan pengarah dalam lebih dari 80 syarikat.

Salah seorang lagi kroni merupakan seorang senator memegang jawatan pengarah dalam 43 syarikat dan pemegang saham dalam 10 syarikat. Sayrikat_syarikat ini terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti hartanah.

KUALA LUMPUR, Wed. – Two former aides and several senior politicians allied to former Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim have more than 300 companies, some listed on the Kuala Lumpur Stock Exchange, to their credit.

Some of them had openly echoed the allegation of cronyism, nepotism and collusion championed by the former Umno Youth chief Datuk Ahmad Zahid Hamidi during the June Umno general assembly, and later by Anwar following his removal from the Cabinet and Umno.

Topping the list is Datuk Nasaruddin Jalil, who was Anwar’s private secretary when he served as Education Minister.

A Registrar of Companies listing obtained by the New Straits Times/Berita Harian, identifies him with 112 companies, including some listed on the KLSE.

The listing dated Nov 21 identifies Nasaruddin as director of such companies as Permodalan Negri Selangor Berhad, Chok, Ghazali & Zul Sdn Bhd, Sistem Sewa Kereta Malaysia Sdn Bhd, Inpen (Selangor) Sdn Bhd, Gadek

(Malaysia) Bhd, Diversified Resources Berhad, Konsortium LTAT SBG Charterbridge Sdn Bhd, Credit Corporation (Malaysia) Bhd; Konsortium Kenanga (M) Sdn Bhd, Asia Pacific Airlines (Malaysia) Sdn Bhd, Kolej Unitek, Emile Woolf Sdn Bhd and Cartarama Group.

It is, however, understood that Nasaruddin had retired from some of the companies, including Gadek. The 44-year-old Nasaruddin, who once served a vice-president of the MBf Group, was listed as shareholder of 48 companies with shareholdings ranging from nominal one share to over five million.

Among them were Duta Resources Sdn Bhd (5,520,900 shares), Triumph Land Sdn Bhd (5,550,00), Charterbridge Sdn Bhd (1,999,999), Cartarama Sdn Bhd (1,750,000), Wong Heng Engineering Sdn Bhd (510,000) and Cartarama Natams Sdn Bhd (700,000).Anwar’s former political secretary, Datuk Sarit Yusoh, was listed as a director of 80 companies, including several KLSE-listed companies.

Sarit is the State Assemblyman for Semantan in Pahang and executive chairman for KFC (Holdings) Malaysia Bhd.His other corporate entities include Wembley Industries Holdings Berhad, KFC Holdings (Malaysia) Bhd, Leader Mutiara Sdn Bhd, Grand Synergy Sdn Bhd, Roaster’s Chicken Sdn Bhd, Mid Valley City Sdn Bhd, Ayamas Food Corporation Bhd, Mezzanine Two Thousand Ventures Bhd, Grand Care Sdn Bhd, Grand Ultimate Sdn Bhd, Goh Ban Huat Bhd, Malayawata Steel Bhd and Khee San Bhd.

He had shares in 14 companies including Pangkal Melati Sdn Bhd (4,250,000 shares), Leader Mutiara Sdn Bhd (2,500,000), Grand Ultimate (999,999), Grand Care Sdn Bhd (720,000), Kemudi Bangsawan Sdn Bhd (500,000) and IQSS Holdings Sdn Bhd (305,000).The 47-year-old politician-cum-businessman captured the headlines in 1995 when he was identified as one of those involved in the KFC boardroom tussle.Another Anwar ally, Datuk Ahmad Saad, who turns 48 tomorrow, was identified as director of 53 companies including several listed entities.

Among the companies identified with Ahmad are Rumpun Hijau CorporationSdn Bhd, Federal Auto Holdings Bhd, Aman Securities Sdn Bhd, Destria Travel & Tours Sdn Bhd, Malaysia Carbonless Industries Sdn Bhd, United Tread Sdn Bhd, Jemco Sdn Bhd and Malaysia Assay Office Sdn Bhd. He is identified as shareholder of 15 companies including Usaha Kerdau (399,999 shares), R H Industries Sdn Bhd (280,000) and AU Metalvest (Malaysia) Sdn Bhd (200,000).

Ahmad is the State Assemblyman for Permatang Pasir in the Permatang Pauh parliamentary constituency. He is the deputy head of Permatang Pauh Umno division.He was former chairman of Batek Malaysia and a former Penang Umno Youth leader.

He is also chairman of the Penang Water Authority, executive chairman of Rumpun Hijau and chairman of Federal Auto Holdings Bhd and Northern Waste Industries Consortium.NWIC is one of four companies appointed by the Government to manage solid waste management disposal.

It comprises of Rumpun Hijau (40 per cent) Wagon Engineering, MHES, Zamrud Maju and Maju Egatt (10 per cent each).The remaining shares are divided equally among Perak, Penang, Kedah and Perlis.Businessman and Senator Datuk Ghazi Ramli, 56, was identified as director of 43 companies and had shareholding in 10.

Among companies which list Ghazi as their director are Indah Water Consortium Sdn Bhd, Berjaya Group Berhad, Malaysia-Arab Trade Investment Council, Barisan Properties Sdn Bhd, AIMS Solutions Sdn Bhd and Inai Jaya Sdn Bhd.Records also show that Ghazi has 24,990,000 shares in AIMS Worldwide (M) Sdn Bhd.

Former Negri Sembilan Umno Youth chairman, Ruslan Kassim, who was recently released from Internal Security Act detention is identified as director and/or shareholder of 50 companies. They include Inspen Holding (M) Sdn Bhd, APM Industries Sdn Bhd, President Hotel Sdn Bhd and Aman Yakin Sdn Bhd. Former journalist turned politician, Ruhanie Ahmad, was listed as a director of 42 companies. The 51-year-old two-term Parit Sulong MP was identified with Anwar in the early days of his ouster from the Cabinet and Umno.

Ruhanie’s companies are involved in such activities as transportation, telecommunications and media, agriculture, retail trade and financial services.Among the companies which list him as director are Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd, Ekspress Nasional Berhad, KUB Malaysia Berhad, Padiberas Nasional Berhad, Tele Dynamics Sendirian Berhad, Sriwani Trading Sdn Bhd, CN Asia Corporation Bhd, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd and Romedia Communications Sdn Bhd.

Ruhanie, who is Mara chairman, is listed as shareholder in five companies namely Benarkon Sdn Bhd (45,000 shares), Romedia Communications Sdn Bhd (25,000) Astaka Asli Sdn Bhd (24,999), Panca Kilat Sdn Bhd (5,000) and More Productions Sdn Bhd (three).

Kami dalam proses pengulasan artikel berbahasa Inggeris ini dan akan disiarkan di KPMU.net Tunggu akan ulasan kami.

artikel asal : klik sini

Categories: 1

Karya terakhir Arwah Rustam A. Sani- alfatihah !

23,April 2008 1 comment
Parti-parti lawan diperalatkan lagi ‘demi kepentingan Melayu’? Cetak E-mail
Oleh Allahyarham Rustam A. Sani
Jumaat, 18 April 2008
SEWAKTU membaca berita tentang inisiatif untuk mengadakan perbincangan di kalangan “parti-parti Melayu” bagi membincangkan isu-isu perpaduan dan kepentingan Melayu baru-baru ini, entah kerana apa saya sedikitpun tidak merasa terperanjat.

Malah saya memang telah menjangkakan hal yang demikian akan berlaku,  memandangkan bahawa telah menjadi suatu pola perlakuan politik di negara ini kini untuk Umno akan mengambil inisiatif (malah berusaha keras) untuk memujuk parti-parti dominan Melayu lainnya supaya bekerjasama bagi “menyelamatkan bangsa Melayu.”

Saya tidaklah begitu mengenali Norza Zakaria. Sepanjang pengetahuan saya, beliau sejak lama telah memainkan peranan sebagai “pengiring” (atau sidekick) Khairy Jamaluddin

Jelaslah, Umno biasanya akan memperalatkan isu “kepentingan Melayu” apabila parti itu menghadapi kemerosotan sokongan – dan untuk itu parti itu atau tokoh-tokoh tertentu parti itu akan sanggup merayu parti-parti lain yang dalam keadaan biasa akan dikutuk, dihina dan dicercanya.Yang mengambil inisiatif melakukan risikan (overtures) demikian kali ini adalah Norza Zakaria, seorang ahli Majlis Tertinggi Umno. Dan jika laporan dalam NST boleh dipercayai, beliau tampaknya telah berjaya memancing reaksi yang agak positif dari dua tokoh PAS dan PKR.

Khabarnya, mereka bertiga akan mulai mengadakan perbincangan secara tidak rasmi minggu ini juga.

Saya tidaklah begitu mengenali Norza Zakaria. Sepanjang pengetahuan saya, beliau sejak lama telah memainkan peranan sebagai “pengiring” (atau sidekick) Khairy Jamaluddin.

Dalam kemelut perebutan jawatan yang kini sedang bergelora dalam Pergerakan Pemuda Umno, Norza telah memperlihatkan minatnya untuk menawarkan diri menjadi calon Ketua – sehingga dia baru-baru ini telah menyebarkan bahan kempen dan puisi (ciptaannya?) kepada bahagian-bahagian parti itu.

Tindak tanduk Norza dalam memperalatkan parti-parti lawan dan gagasan “kepentingan” Melayu ini amat mengingatkan saya akan tindak tanduk Dr Mahathir sekitar tahun 1999-2000 – ketika Umno mengalami pukulan teruk dalam PRU-10 dan Dr Mahathir berusaha  memulihkan sokongan terhadap dirinya di kalangan orang Melayu.

Malah puncak kejayaan Dr Mahathir menjebak kerjasama pimpinan PAS – lewat suatu perhimpunan bersama tentang Palestin di Dewan Bahasa dan Pustaka – mempunyai dimensi politik antarabangsa dan hubungan dengan kuasa besar (yakni pertemuan Dr Mahathir dengan Bush yang telah diatur melalui perantara dengan sogokan berjumlah  berjuta dolar).

Pada waktu itu, kerana yang kuat hanyalah PAS sedangkan kekuatan PKR dipandang remeh oleh Dr Mahathir, maka hanya PAS yang telah menjadi sasaran overture Umno. Para pemimpin PKR yang menghadiri perhimpunan di DBP itu malah telah diletakkan di suatu pojok yang hampir tidak dipedulikan Dr Mahathir.

Dalam kemelut perebutan jawatan yang kini sedang bergelora dalam Pergerakan Pemuda Umno, Norza telah memperlihatkan minatnya untuk menawarkan diri menjadi calon Ketua – sehingga dia baru-baru ini telah menyebarkan bahan kempen dan puisi (ciptaannya?) kepada bahagian-bahagian parti itu.

Tetapi kini, kerana PKR ternyata lebih kuat berbanding dulu, maka inisiatif Norza itu telah melibatkan PKR pula – malah melibatkan seorang tokoh besarnya, Naib Presiden Azmin Ali.Risikan Mahathir pada tahun 1999-2000 itu sebenarnya bukanlah risikan terakhir. Telah bertiup kabar-kabar angin bahawa overtures yang sama terhadap PAS telah berlaku sebelum berlangsungnya PRU-12 baru-baru ini.

Malah selepas PRU-12 berakhir, dikatakan memang ada percubaan oleh beberapa pemimpin Umno yang penasaran untuk memikat, menggoda, malah menjebak PAS untuk menyertai Umno dalam membentuk kerajaan campuran di beberapa negeri – dan kononnya pula memang ada tokoh PAS yang dikatakan sudah hampir tergoda.

Oleh kerana pengalaman PAS yang lebih banyak dari segi “digoda” Umno ini, maka memang terdapat beberapa pemimpin PAS yang sering dianggap umum sebagai lebih cenderung untuk tergoda. Dikatakan juga bahawa mungkin sikap Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang, yang tegas lagi konsisten dalam hal ini yang telah “menyelamatkan” PAS daripada terjerumus.

Berdasarkan hakikat ini, maka saya tidaklah terperanjat jika di kalangan para pemimpin PAS terdapat beberapa tokoh yang akan menjadi sasaran overtures para pemimpin Umno yang ingin memperalatkan isu kepentingan Melayu itu. Saya juga tidak akan terperanjat jika tokoh-tokoh tersebut akan senantiasa memberikan tindakbalas yang positif terhadap risikan dan bujukan Umno itu.

Namun demikian, sebagai “dara” yang pertama kali coba digoda – sedangkan selama ini dicerca dan dihina – respons yang sama positifnya dari kalangan pemimpin PKR terhadap godaan Umno ini bagi saya amatlah memeranjatkan – malah amat mengecewakan.

Bagi saya, isu yang perlu difahami oleh para pemimpin PKR bukanlah sekadar persoalan menghadiri sebuah mesyuarat bagi membincangkan suatu persoalan yang tidak dianggapnya berbahaya, seperti isu kesepaduan Melayu dan kepentingan Melayu itu.

Tindak tanduk Norza dalam memperalatkan parti-parti lawan dan gagasan “kepentingan” Melayu ini amat mengingatkan saya akan tindak tanduk Dr Mahathir sekitar tahun 1999-2000 – ketika Umno mengalami pukulan teruk dalam PRU-10 dan Dr Mahathir berusaha  memulihkan sokongan terhadap dirinya di kalangan orang Melayu.

Sedangkan mesyuarat itu sendiri, samalah seperti persidangan tajaan Abim di DBP pada zaman Mahathir itu, menurut hemat saya secara sedar sudah dijadikan cara untuk  memperalatkan parti-parti lawan dan isu Melayu demi kepentingan dan survival Umno sendiri.Bagi PKR, dalam kerangka “politik baru” dan gagasan Agenda Ekonomi Malaysia, konsep kepentingan Melayu dalam konteks gagasan masyarakat dan negara adil pelbagai kaum mestilah berlainan – dan kerana itu sukar dijambatani – dengan gagasan kepentingan Melayu yang bersifat perkauman yang diwarisi dan diteruskan Umno dari perspektif masyarakat majmuk ciptaan sejarah kolonial itu.

Jika gagasan kepentingan Melayu Umno yang telah dituangkannya ke dalam acuan dan kerangka pemikiran dan amalan DEB yang tidak adil itu sebenarnya dapat dijambatani dengan pemikiran baru yang sedang digubal dan dibentuk dalam PKR, maka apakah perlunya pemimpin besar PKR, Anwar Ibrahim, bermati-matian berusaha melahirkan gagasan Pakatan Rakyat yang menjanjikan suatu kelainan asasi daripada Umno dan BN?

Dengan membiarkan dirinya terjebak dalam overtures yang kononnya sekadar tertumpu kepada usaha mengadakan sebuah mesyuarat informal itu, PKR – dan malah PAS juga – sebenarnya telah membiarkan dirinya terjebak untuk menerima acuan pemikiran Umno yang dangkal lagi ketinggalan zaman dalam memperkatakan dan memahami isu-isu keadilan sosial dan pembinaan negarabangsa.

Sejak dulu lagi, saya sebenarnya selalu merasa hairan dan kaget mendapati sesetengah para pemimpin parti pembangkang di negara ini yang menjadi begitu excited setiap kali mereka didatangi maupun dihubungi oleh pihak-pihak tertentu dalam Umno untuk membincangkan isu-isu seperti “kepentingan Melayu” ini.

Excitement itu sekurang-kurangnya dapat saya fahami dalam keadaan Umno/BN amat kuat sedangkan kita sendiri lemah dan tertindas. Tetapi dalam keadaan seperti sekarang – ketika kita mendapat sokongan rakyat banyak dan Umno sedang kucar kacir, maka apakah penjelasannya? Mungkinkah kedangkalan dan kecetekan cendekia kita sendiri?

Rustam A Sani merupakan penganalisis politik terkenal tanahair. Rencana ini ditulis untuk tatapan pembaca KLpos.com. Bagi pihak pembaca, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Rustam A Sani.- Pengarang
Categories: 1

Nik Aziz kata Nuzul Quran lebih utama dari Maulid Nabi !

22,April 2008 1 comment

petikan dari http://ustazmoden.wordpress.com


Sila dengar dan fahami sendiri kata kata Nik Aziz perihal Maulid yang dikatakan sama/meniru perbuatan Kristian dan Yahudi..

 

Dan nik aziz lupa  sebut ialah Kelantan tidak pernah membuat maulid ini sejak mula memerintah Kelantan sejak 1990. 

Jika benar tidak tolak atau menghalang maulid Nabi ini, kenapa ditolak sambut Maulid dan dibiarkan pula menyambut Maulid Malaysia ( hari kemerdekaan ) dan Maulid Sultan Kelantan ???

Mana satu besar dalam hati kita sebenarnya ?? Mengapa berbelit lagi lidah nak menolaknya??

Sabda Nabi ; Tidak menyembunyikan seorang hamba itu sesuatu perkara melainkan akan dizahirkannya oleh ALLAH di muka atau di celah tutur kata dia  ; meskipun dia menutupnya di sebalik 70 hijab ( dinding )

Fikirkanlah,  mengaku membawa Islam tetapi tidak mengasihi nabi !

Inilah dikatakan ulama yang pandai putar belit dan tidak faham Islam dan mahu bawa Islam !

Jika hati tidak kasih bagaimana mahu menjadi kekasih ???

Ramai nama ulama tetapi mana satu ulama dunia dan ulama akhirat ?

Yang maksum Nabi dan yang dijaga Wali…

selain itu, jika ada hanya mendakwa diri !

Sebab itu Islam tidak akan naik melalui mereka.

Yang pandai merubah fatwa dan kata kata.

Yang berbelit belit dalam berbicara.

Yang keruh air muka !

Yang menolak amalan kasihkan Nabi kita !!!

 

Cahaya Allah itu bukan atas dahi manusia tetapi di DALAM WAJAH yang bercahaya

hasil dari kilauan HATI yang bersih dan basah dengan ZIkir Allah dan Selawat ke atas Rasulullah !

 

Mohon Ampun Jika Kebenaran ini terlalu Berbisa dan Pahit bagi Saudara yang membaca !

 

Categories: 1

Kekang fenomena Khawarij moden- utusan

KESEDARAN terhadap Islam semakin mengakar dalam masyarakat khususnya generasi yang lahir pascamerdeka dan melalui sistem pendidikan berorientasikan dasar penerapan nilai-nilai Islam yang diperkenalkan kerajaan. Natijahnya Islam tampak kian menyubur dalam masyarakat. Namun kesedaran terhadap agama semata-mata tidak cukup untuk menjelmakan generasi Islam sejati.

Kesedaran yang membuak-buak tanpa didasari kefahaman mendalam berasaskan ilmu yang sahih pastinya tidak mampu membentuk generasi Islam yang bertamadun.

Sebaliknya, yang lebih penting ialah bukan sahaja mewujudkan generasi yang ghairah dan berkesedaran tinggi terhadap Islam tetapi lebih utama menjana generasi yang benar-benar menjiwai Islam.

Hakikat yang tidak boleh dinafikan, kegagalan menanggapi Islam dengan faham ilmu sebenar boleh menjerumus umat ke arah kesesatan dan penyelewengan. Bahkan kesedaran tinggi sahaja tanpa didasari kekuatan ilmu pasti menuntun umat kepada kebinasaan. Berapa ramai yang telah tergelincir dalam kesesatan lantaran perjuangan hanya berasaskan retorika semangat yang lompong jiwa dan dangkal akal rasionalnya. Tidak sedikit yang mendabik dada berjuang atas nama Islam tetapi berpijak di atas tempelan semangat membuta tuli semata-mata yang akhirnya terjerumus kepada sikap dan tindakan pelampauan yang sesat.

Perjuangan

Hakikat yang harus difahamai perjuangan memartabatkan Islam tidak seharusnya ditanggapi sebagai lesen besar bagi menghalalkan sebarang tindakan melampau atau sebagaimana diistilahkan al-Quran sebagai ‘al-ghuluw’ atau ekstrem yang berpaksikan hawa nafsu.

Allah secara tegas mengingatkan kita didalam al-Quran: Katakanlah! Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampau dengan cara tidak benar dalam agama. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka juga tersesat dari jalan yang lurus. (al-Maidah: 77).

Kecenderungan melampau jugalah yang sering kali menjerumus segelintir umat ke dalam jurang mengkafirkan saudara seislamnya sehingga memecahkan perpaduan dan memutuskan ikatan ukhuwah yang menjadi teras kekuatan umat Islam.

Gejala ini bukanlah baru dalam sejarah Islam. Pada awal sejarah Islam, kita disaksikan kemunculan kelompok Khawarij yang terkenal sebagai golongan yang kuat beribadah dan paling kuat berpegang kepada syiar-syiar ibadah. Namun, amalan mereka langsung tidak diterima Allah lantaran sikap angkuh dan bongkak mereka hingga merendahkan amalan dan ibadah orang lain bahkan sanggup mengkafirkan saudara seislamnya.

Nabi Muhammad s.a.w. sendiri memberi amaran akan kehadiran kelompok Khawarij ini kepada sahabat-sahabat baginda sebagaimana sabdanya: Sifat golongan itu ialah sentiasa memandang rendah sembahyang mahupun bacaan al-Quran orang lain. Namun mereka pada hakikatnya keluar dari agama sebagaimana anak panah keluar dari busurnya. Rasululllah seterusnya menyebutkan tanda-tanda mereka seperti berikut: “Mereka memerangi orang Islam dan membiarkan penyembahan berhala.”

Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya Asohwatul Islamiyah Baina al-Juhud wa Tatarruf turut memperincikan sifat kelompok yang menyerupai golongan khawarij yang digambarkan Rasulullah. Menurut beliau, dalam realiti hari ini, wujud kelompok khawarij moden yang berkecenderungan melampau hingga bertindak mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan.

Kebongkakan dan keangkuhan ini menjurus mereka mengkafirkan pemerintah yang dianggapnya tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah. Mengkafirkan yang diperintah kerana dianggapnya reda dengan pemerintah dan mengikut sahaja hukum yang tidak diturunkan Allah.

Kelompok pelampau seperti ini mungkin lupa akan sabda Nabi s.a.w. yang melarang keras seseorang menuduh saudaranya yang lain kafir sebagaimana tercatat dalam sebuah hadis sahih: Siapa berkata kepada saudaranya: ‘Hai kafir’, maka sesungguhnya telah kembali dengannya salah seorang keduanya. Ini bermakna selama yang lainya tidak kafir dengan yakin, maka akan kembali tuduhan itu kepada orang yang menuduhnya.

Al-Qaradawi seterusnya mengulas bahawa orang yang masuk Islam dengan yakin tidak harus mengeluarkannya daripada Islam. Yakin tidak digugurkan dengan syak. Perbuatan maksiat tidak mengeluarkan seseorang Muslim daripada Islam, hatta dosa-dosa besar seperti membunuh, berzina, minum arak tidak menjejaskan aqidah mereaka selama tidak memandang remeh hukum Allah atau menolak dan tidak menerimanya.

Syariat jelas membezakan di antara hukuman membunuh, berzina dan minum arak. Andainya semua kufur tentu semuanya dihukum dengan hukuman murtad. Sebab itulah kecenderungan mengkafirkan seseorang oleh golongan pelampau agama adalah ditolak dengan muhkamat yang nyata dari kitab Allah dan sunah Rasul-Nya.

Menyedari realiti wujudnya kelompok pelampau agama seperti kaum Khawarij yang pernah muncul dalam sejarah Islam inilah maka perlunya pemerintah berperanan menyatukan kefahaman umat terhadap Islam yang satu berasaskan suluhan ilmu yang sejati. Fenomena kemunculan Khawarij di zaman ini perlu dikekang sebelum umat berterusan berpecah belah hingga boleh memporak-perandakan kestabilan dan keharmonian sesama Islam.

Categories: 1
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.