Geli Tengok Lelaki Pakai Cheongsam

Pondan?
Bapok?
Atau model lawak?
Nak kata super imposed nampak macam gambar ori.
Macam macam di akhir zaman.
Jangan bagi Anwar nampak bahaya lima jejaka jambu dan geli geleman ini nanti disambar yop.
Susah.
Kalau Saiful pun dah makam masa tiga tahun, kali lima? Lima belas tahun yeop nak habiskan.
Tak majulah Malaysia macam ni.
Kapten Costa Concordia dituduh kemudi kapal seperti memandu Ferrari
Kapten Costa Concordia dituduh kemudi kapal seperti memandu Ferrari

GIGLIO 18 Jan. – Kapten kapal persiaran Costa Concordia, yang karam di perairan pantai barat Itali, dibebaskan daripada tahanan reman semalam, tetapi dikenakan perintah tahanan di rumah.
Francesco Schettino, 52, yang menjadi kapten kapal sejak 2006 berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun atas tuduhan membunuh, menyebabkan nahas kapal dan meninggalkan kapalnya sebelum semua penumpang diselamatkan.
Dalam sebutan kes semalam, majistret mengarahkan beliau dibebaskan, walaupun pendakwa raya yang menuduh Schettino mengemudi kapal persiaran mewah itu seperti memandu Ferrari, berkeras mahu dia terus ditahan.
Menurut isterinya, Fabiola, tuduhan ke atas suaminya itu ‘masih belum dibuktikan’ dan dia turut mempertahankan Schettino dengan menyifatkannya sebagai seorang yang ‘sangat berdedikasi dan profesional’.
Angka korban akibat nahas itu meningkat sekali ganda hari ini kepada 11 orang selepas penyelam menemui lima lagi mayat di bahagian belakang kapal berhampiran pusat pemindahan kecemasan, menurut Komander Pengawal Pantai Itali, Cosimo Nicastro.
Nicastro berkata, mangsa yang kesemuanya memakai jaket keselamatan itu dipercayai penumpang kapal.
Pendakwa raya berkata, Schettino cuba menunjuk-nunjuk dengan belayar melalui pulau Tuscan, Giglio, tempat ketua pelayannya tinggal, ketika dia mengemudi kapal persiaran itu hanya kira-kira 150 meter dari pantai.
Semalam pihak berkuasa turut mengarahkan ujian alkohol dijalankan walaupun ketua eksekutif Costa Cruises memberitahu The Times, kapten Schettino tidak pernah minum alkohol.
Namun seorang penumpang yang terselamat mendakwa dia melihat kapten itu meminum arak bersama seorang wanita di bar kapal.
Schettino mendakwa dia telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa dan laporan media tempatan turut mengesahkan beliau berada di jambatan ketika kapal itu melanggar batu dan membawa kapal menghampiri pantai bagi memudahkan usaha menyelamat.
Dia turut bertegas tidak meninggalkan kapal itu. – AGENSI
Jangan Letak Gambar Maksiat Di Facebook
Ayat Al Quran
“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya….” (QS. An-Nuur [24] : 30-31)
Ayat itu turun saat Rasulullah Shalallahu a’laihi wassalam memalingkan muka anak pamannya, al-Fadhl bin Abbas, ketika beliau melihat al-Fadhl berlama-lama memandang wanita Khats’amiyah pada waktu haji.
Dalam suatu riwayat disebutkan bahwa al-Fadhl bertanya kepada Rasulullah Shalallahu a’laihi wassalam, “Mengapa engkau palingkan muka anak pamanmu?” Beliau Shalallahu a’laihi wassalam menjawab, “Saya melihat seorang pemuda dan seorang pemudi, maka saya tidak merasa aman akan gangguan setan terhadap mereka.”
Moralnya jangan meletakkan gambar tidak menutup aurat atau ghairah dalam facebook.
Jika wajah terlalu cantik juga tidak wajar direndahkan nilainya dalam fb.
Rasanya kita pernah mendengar cerita bagaimana wajah boleh digunakan untuk menjalankan pemujaan sihir maka seharusnya kita elakkan ia disiar di alam siber.
Biarkan wajah kita untuk yang halal sahaja dan halal dilihat oleh manusia.
Petikan ayat2 di atas dari FB
Rencana Menarik Tentang Seksualiti Merdeka Mesti Anda Baca
Jangan beri muka kepada penganjur seks bebas
pengarang@utusan.com.my
PROGRAM mempromosikan seks bebas melalui Seksualiti Merdeka 2011 akhirnya dihentikan atas alasan demi menjaga keselamatan semua pihak.
Namun begitu tanpa rasa bersalah, penganjur yang terdiri daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan dan individu tetap mempertahankan tindakan mereka untuk memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini yang dianggap hak manusia sejagat.
Persoalannya, kenapakah penganjur begitu bertegas untuk mempertahankan golongan yang melakukan perbuatan di luar tabii ini biar pun ia mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk daripada golongan bukan Islam?
Hujah kononnya tindakan mengharamkan penganjuran program itu sebagai menafikan hak golongan LGBT di negara ini adalah satu hujah dangkal dan tidak masuk akal.
Begitu juga apabila penganjur mendakwa, tindakan pengharaman itu akan meminggirkan golongan tersebut yang kononnya telah menderita akibat dipinggir masyarakat.
Sebenarnya ia hanyalah hujah semata-mata bagi melaksanakan apa yang dianggap matlamat menghalalkan cara.
Dalam keadaan apa sekalipun, kewujudan dan usaha mengiktiraf LGBT tidak boleh diterima sama sekali, apatah lagi di Malaysia yang masyarakatnya amat teguh berpegang kepada ajaran agama dan adat resam.
Oleh itu, kehendak penganjur program mempromosikan seks bebas ini untuk berunding dengan pihak berkuasa tidak harus dilayan sama sekali.
Pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu bersusah-payah mengadakan rundingan dengan kelompok berkenaan kerana ternyata sekali apa yang mereka perjuangkan hanya membangkitkan kemarahan rakyat negara ini.
Kalau benar, penganjur hendak sangat memperjuangkan golongan LGBT tersebut, mereka boleh melakukannya di luar negara dan bukannya di Malaysia.
Tidak timbul soal golongan LGBT di Malaysia menderita akibat dipinggirkan atau dianaktirikan. Selama ini tidak ada siapa pun yang mengetahui sisi gelap kehidupan mereka apabila golongan itu bergaul dengan orang ramai.
Dalam kata lain tidak pernah wujud pun satu peraturan atau undang-undang yang menyatakan golongan LGBT tidak boleh belajar atau bekerja di negara ini.
Justeru apabila wujud satu kelompok yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan hendak menganjurkan program seks bebas yang sekali gus mengiktiraf LGBT maka sudah tentulah ia satu perbuatan yang janggal.
Kita tidak mahu Malaysia dirosakkan oleh golongan yang melakukan perbuatan di luar tabii kerana ia bukan sahaja bertentangan norma-norma kehidupan tetapi juga melanggar perintah semua agama.
Hubungan sejenis dan seks bebas ditentang oleh semua agama malahan dalam Islam ia adalah perbuatan yang amat dilaknat oleh Allah SWT. Oleh itu tidak perlu ada simpati kepada mereka yang cuba memperjuangkan perbuatan tersebut.
Sudah cukup kita melihat bagaimana buruknya kesan negara-negara yang mengiktiraf LGBT dan paling memualkan apabila mereka ini berkumpul dalam pesta atau perarakan tertentu.
Apakah kita mahu menyaksikan kelompok songsang ini berarak di ibu negara atas nama kebebasan dengan gelagat mereka yang cukup menjijikkan?
Atas sebab itulah, kita mengharapkan ketegasan pihak berkuasa akan berkekalan. Jika dalam isu perhimpunan haram Bersih masih ada perundingan yang boleh dijalankan tetapi dalam isu Seksualiti Merdeka ini tidak ada apa yang perlu dibincangkan.
Sebaliknya mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan tegas kerana dilihat cuba menggugat ketenangan dan keharmonian hidup bermasyarakat serta beragama di negara ini apabila begitu berani menganjurkan satu aktiviti yang terkeluar daripada kehidupan normal rakyat Malaysia.
Justeru, kita mahu melihat sejauh manakah tindakan tegas pihak berkuasa terhadap penganjur, laporan polis sudah dibuat dan kini orang ramai menunggu apa kesudahannya.
Sebab itulah ada pihak menegaskan, pembatalan sahaja tidak mencukupi sebaliknya ia perlu disusuli dengan tindakan tegas dari segi undang-undang.
Percayalah, jika kali ini tiada tindakan tegas diambil sudah pasti selepas ini akan ada lagi acara yang pelik-pelik akan dianjurkan oleh pihak tertentu atas nama hak asasi manusia dan kebebasan.
Zunar Lukis Kartun Hina Ibadah Haji Kait Isteri Perdana Menteri ?
Perutusan PM Dari Mekah Sempena Aidil Adha 1432 Hijrah
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Saudara dan saudari sekalian,


Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ucapan di atas disalin dari blog rasmi YAB Perdana Menteri di sini http://www.1malaysia.com.my/
Manakala gambar dari blog http://www.haji1432.com/
http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/11/perutusan-sempena-hari-aidil-adha-1432.html
Gambar Tony Air Asia Peluk Teressa?
Gambar yang jarang ditemui. Tony Air Asia peluk bahu Teresa.
Tanda kawan yang rapat.
Gambar gua dapat dari group FB 1Malaysia.
Tolong beritahu jika ia gambar palsu. Gua tak reti check gambar ori ke palsu.
Tidak salah berkawan pemimpin DAP.
Walaupun begitu jika kamcing bisnesman merentasi sempadan politik maka ia perlu digusarkan.
Kita tidak mahu orang berjaya dan popular seperti Tony terpengaruh dakyah DAP.
Setuju kawan2?
KOSMO – Bergilir ponteng sekolah demi bapa
adham.shadan@kosmo.com.my
NIK NUR ALWANI (berdiri) memerhatikan adik-adiknya mengulangkaji
pelajaran di rumah mereka di Sering, Kota Bharu semalam. |
KOTA BHARU – “Sayu hati ini bila tengok anak-anak terpaksa jaga bapa, datuk dan nenek mereka. Sedih mengenangkan pelajaran mereka yang tidak menentu tetapi apakan daya saya kerana tidak boleh berbuat apa-apa.”
Begitulah rintihan pilu seorang ibu, Tengku Azizah Tengku Ahmad, 41, yang terpaksa meminta lima anaknya ponteng sekolah secara bergilir-gilir demi menjaga suaminya, Zulkifli Deraman, 44, yang mengalami sakit angin ahmar serta bapa dan ibunya yang sakit tua sejak Januari lalu.
Dalam nada menahan sebak, Tengku Azizah yang kini terpaksa mengambil tanggungjawab sebagai ketua keluarga berkata, dia berasa cukup sedih apatah lagi apabila melihat pelajaran anak-anaknya itu merosot teruk.
“Pihak sekolah ada yang sudah diberitahu ada yang tidak. Sebab ada anak yang minta saya jangan beritahu sekolah kerana mereka segan.
“Sekarang saya hanya teruskan hidup sekadar termampu, bertawakal dan berserah kepada Allah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Tok Ku, Sering di sini semalam.
Menurutnya, dia keluar bekerja menyara keluarga sebagai pembantu di sebuah kilang perabot di Pasir Tumboh dengan pendapatan harian kira-kira RM18 sehari.
“Kalau dikira setiap bulan saya akan menerima pendapatan RM540 tetapi kerana kerap mengambil cuti, pendapatan yang diperoleh terlalu sedikit dan tidak mencukupi kerana terpaksa menanggung kos lampin pakai buang suami yang berjumlah RM300 sebulan,” katanya.
Disandarkan sebagai ketua famili yang mencari sesuap nasi untuk keluarga, Tengku Azizah keluar rumah untuk bekerja di kilang perabot seawal pukul 7.30 pagi dan pulang pada pukul 5.30 petang.
Ekoran itu, anak-anaknya, Nik Nur Alwani Zulkifli, 16; Nik Muhamad Arif, 15; Nik Muhamad Afif, 13; Nik Mohamad Azwar, 11, dan Nik Nur Athirah, 10, pula terpaksa tidak ke sekolah sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu untuk menjaga bapa, datuk dan nenek mereka.
TENGKU AZIZAH memberikan ubat kepada Zulkifli sambil diperhatikan Tengku Ahmad di Sering, Kota Bharu semalam.
|
Semua anaknya itu bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Jembal.
Tengku Azizah turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Nik Muhammad Asyraf, 6, yang belajar di prasekolah.
“Suami saya diserang angin ahmar pada bahagian otak menyebabkan dia tidak sedar apa yang berlaku pada tubuhnya dan sukar untuk bertutur.
“Dia boleh terbuang air tanpa disedarinya. Saya juga jaga ibu dan bapa saya kerana mereka menjadi tanggungjawab saya memandangkan rumah yang saya duduk ini ialah rumah mereka. Saya sekeluarga hanya menumpang,” ujar Tengku Azizah.
Dalam pada itu, Tengku Azizah tetap bersyukur kerana seorang anaknya, Nik Muhamad Arif berjaya juga menghadiri peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini.
Kakak sulung daripada enam beradik itu, Nik Nur Alwani memberitahu, dia dan adik-adiknya terpaksa ponteng sekolah bagi meringankan beban ibunya yang mengambil alih tugas menyara keluarga.
“Selepas bapa menghidap penyakit angin ahmar dan lelah sehingga dia tidak mampu menguruskan diri sejak dua tahun lalu, ibu terpaksa menjadi ketua keluarga dan mencari nafkah untuk kami sekeluarga.
“Keadaan bapa yang semakin teruk sehingga terpaksa memakai lampin pakai buang memaksa kami bergilir-gilir ponteng sekolah menjaga bapa menggantikan ibu yang keluar bekerja,” katanya.
Menurut Nik Nur Alwani, selain bapa, dia dan adik-adiknya turut menjaga kedua-dua nenek dan datuknya iaitu Tengku Sepiah Tengku Ahmad, 89, dan Tengku Ahmad Tengku Daud, 90, yang uzur.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Tengku Azizah di talian 014-5026179 atau salurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional miliknya (03103-29-00015739-3).
Pakatan Perlekeh HIMPUN Guna Gambar Perempuan Tidak Pakai Tudung

Pertama sekali sememangnya Pakatan secara rasmi menolak menjayakan HIMPUN.
Alasan tidak dipersetujui dan mendakwa Umno dalang.
Soalannya kenapa Bersih boleh pula?
Rupanya undi dan kuasa lebih menaikkkan syahwat Pakatan dari menyatukan umat Islam mempertahan akidah.
Sudahlah tak sokong kini gambar perempuan tidak bertudung dijadikan modal memburukkan HIMPUN.
Apakah sudah terbalik pemikiran diorang ni?
Mujurlah Pakatan satu persatu dihina Allah dengan skandal dalaman mereka sendiri.
Nampak bagaimana yang membuat fitnah dan penipuan makin dibenci oleh rakyat.
Walau yang berkopiah atau berserban.
MU Kalah Pun Disalahkan Perdana Menteri – Alahai Pakatan
rujuk 





Komen Terbaru